.::Pasrah Segalanya::. « semusim kasih
Saturday, November 26, 2005
.::Pasrah Segalanya::.

~ Dua~

"Kau tak pernah cakap kau ada saudara angkat di Jibu!" Joshua meninggikan suara.

"Kalau aku cakap, nanti the whole group tak boleh pergi, kan? Kau tahulah Nidzam tu, pantang cancel planning," aku mempertahankan diri. Kemudian aku menambah dengan nada mengeluh, "Lagipun memang aku nak balik kampung…"

"Walaupun segalanya dah musnah?" Joshua tidak menerima alasan keduaku.

"Josh, masih ada memori yang tersimpan jelas di dalam kotak fikiranku," aku mempertahankan.

"Stupid, Naji. Kau sanggup jatuhkan imej kau sebagai seorang tentera udara…"

"Kau ada keluarga, kau ada Lyn. Kau tak faham perasaan aku!"

Joshua senyap. Hazlin tunduk tangannya menguis-nguis penyedut air di dalam gelasnya, aksi biasa yang dilakukan apabila aku dan Joshua bertengkar. Buat seketika kami bertiga tidak bersuara.

"Sorry Naji. Aku tahu aku tak patut marah kau, tapi aku betul-betul tak nak kehilangan kau,"

Aku mengangguk. Memang benar, aku jugak tidak sanggup berpisah dengan mereka berdua. Setelah setahun lebih bersama, aku telahpun menempatkan mereka sebagai sahabat yang paling bermakna di dalam hidupku. Tetapi kemusnahan Jibu langsung mengetepikan segala-galanya. Ummi, Akh Muadz, Syuhada dan Hamzah… merekalah yang sentiasa memberiku semangat untuk meneruskan kehidupan. Kini…?

Ah Jibu… mengapa kau begitu mudah dijatuhkan? Akh, apakah kau telah berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan Jibu dan keluarga kau?! Pandangan kulemparkan pada askar-askar yang asyik bermain bola di padang bola berdekatan.

"Kau tak nak berusaha ke?" Joshua mengetuk meja menarik perhatianku.

Aku tersentak. Lantas bayangan Akh Muadz hilang. "Berusaha?" aku mengulang, tidak faham.

"Kau nak biarkan Nidzam singkirkan kau?"

"Habis tu apa yang boleh aku buat? Kau pun tahu Nidzam tu bencikan perempuan. Aku ni apa, perempuan jugak, lemah! Aku pun tak sanggup lepaskan hidup aku, tapi kalau tu yang aku perlu hadapi, aku rela memulakan hidup baru di tempat lain," bicaraku tegas lalu meninggalkan Joshua berkeseorangan di meja makan, tidak sanggup lagi untuk meneruskan pertengkaran itu.


Leftenan Nidzam menghulurkan secawan kopi padaku seraya mengambil tempat duduk di sebelahku. Puluhan kerusi lain kosong tidak berpenghuni. Pertama kali aku dipanggil ke dalam pejabat pentadbiran kerana urusan peribadi setelah lebih dua tahun aku berkhidmat sebagai tentera udara. Mejar Jeneral Muhammad Ayyub lantas memulakan bicara.

Aku tahu, hukuman paling ringan buatku adalah khidmatku sebagai tentera udara digantung sekurang-kurangnya sebulan. Memang padan dengan tindakan mengikut perasaanku untuk melibatkan urusan peribadi dalam misi ke Jibu beberapa hari yang lepas.

Perit telingaku mendengar kata-kata Mejar Jeneral Muhammad Ayyub mengenai hukuman bagiku. Aku terkesima. Hatiku bagai dihiris-hiris dek pisau lipat yang terletak di atas mejanya. Terasa bergelegak otakku memproses bicaranya untuk ditelan bulat-bulat ke rongga jiwa.

Setengah jam kemudian aku melangkah keluar dari bilik mesyuarat tersebut diiringi Leftenan Nidzam. Kejap di tangan ialah sekeping kertas mengisytiharkan khidmatku digantung selama 10 minggu. Aku membisu. Terasa bagai musnah segalanya. Musnah diriku dan hidupku.


"Nadia tak ada saudara-mara lain?" Leftenan Nidzam bersuara.

"Saya rasa saya tak perlu jawab soalan tu," balasku dingin. Tidak pernah aku berdamai dengan lelaki itu.

Riak muka lelaki itu mempamerkan sebuah tanda soal.
"Sebab soalan tu soalan peribadi," aku menerangkan ringkas.
"Tapi sebagai ketua Nadia, saya berhak tahu,"

"Tak perlulah. Saya akan letak jawatan dalam minggu ni. Jadi tak perlulah Leftenan nak tahu sangat." Kemudian aku senyap. Sungguhpun aku telah dapat rasakan hidupku sebati dengan tentera udara ini, kehilangan Akh dan Ummi benar-benar membantutkan ketegalanku untuk meneruskan kehidupan ini.

"Nadia tak nak terus dalam air force ni?" soalnya, air mukanya kelihatan risau.
Soalan bodoh, desir hatiku. Aku dah kata, aku letak jawatan. Tetapi lain pula bicara bibirku, "I grew up in the military, I love this place."

Leftenan Nidzam mengangguk. "Mind sharing your story?" soalnya.
Aku menggeleng kepala. Sejak bila lelaki ini berminat tentang kisahku, aku sendiri tidak tahu. Setahu aku, Leftenan Nidzam inilah yang paling terkenal dengan anti-perempuan di seluruh kem Tentera Udara Diraja Malaysia ini.

Leftenan Nidzam terus berjalan beriringan denganku. "Nadia tahu, selama ni saya jarang ada anak buah perempuan. Pernah ada lima enam orang je, tapi semua hancur, pantang jumpa ketua bujang handsome,"

Tiba-tiba berderai ketawaku. Perasan! Tapi ada benarnya juga kata-katanya. Selama ini memang wajah tampan itu yang menyebabkan aku tidak pernah berjaya menghadapi renungannya. Dia turut ketawa. Pada saat itu senyuman yang terukir pada wajah lelaki itu benar-benar menggugat hati gadisku. Senyuman yang jarang diukir. Perasaan sedih dan kecewaku sejak misi ke Jibu perlahan-lahan hilang ditelan suara ketawanya. Ah! Lelaki – semuanya tidak boleh dipercayai, rungutku.

"Tapi best bekerjasama dengan korang semua," sambungnya.

Aku tersenyum. Sekurang-kurangnya khidmat aku selama sembilan bulan dengan Leftenan Nidzam tidak mencacatkan memori pahit seratus peratus.

"Nadia nak buat apa lepas ni?"
Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu. Agaknya aku akan mencari Tengku Khalisah untuk menerima lamarannya yang masih terbuka walaupun setahun telah berlalu. Itulah satu-satunya peluang untuk aku meneruskan kehidupan dengan bermakna. Tidak sekali-kali akan aku ekori rentak sesetengah manusia untuk mengakhirkan nafas yang bukannya milik manusia. Kehidupan ini adalah milik Tuhan yang telah menciptakan segalanya.

"Nadia, kalau tak keberatan, Am tak nak Dya tinggalkan team kita," Leftenan Nidzam mengubah rentak bicaranya. Aku bagai terpukau seketika. Rentak bicara yang amat asing bagiku. Keliru.
"Dua bulan ni, Dya boleh rehat and habiskan masa dengan keluarga Dya, mak ayah or – tunang Dya ke,"

"Siapa cakap saya ada tunang?" lantas aku membalas. Masakan sembilan bulan ini lelaki ini tidak pernah menyedari bahawa aku hampir tidak pernah meninggalkan kem.

"Lebih sembilan bulan ni, tak pernah satu hari pun cincin yang Dya pakai tu hilang dari tangan Dya," sambungnya.

Aku tersenyum. Terbayang wajah Akh lagi. "Kalau Naji dah jumpa lelaki yang Naji percaya, baru tanggalkan dan pulangkan cincin ni pada Akh," itulah pesannya. Aku jelas dengan tindakan itu.

"Memang ada oranglah kan, walaupun tak bertunang," Leftenan Nidzam menduga.
Aku senyap. Akh…? Bukan, Akh abangku.

"Cepat-cepatlah sikit, Am teringin nak makan nasi minyak ni," katanya sambil mengukir senyuman mengusik.

Aku senyum lebar, menampakkan barisan gigiku. Tidak perlu aku khabarkan yang aku masih belum berpunya. Aku masih belum bersedia untuk berkongsi hidup dengan sesiapa. Terus aku meminta diri, sebelum bicara dilanjutkan.

"Am harap Dya fikir masak-masak sebelum letak jawatan, sebab…" bicaranya tergantung di situ. Dia merenung lantai sambil membetulkan kedudukan cermin matanya, kemudian memandangku lalu menyambung, "Sebab Am tak nak Dya tinggalkan Am."

Aku tersentak. Terasa seperti mahu menyorok di dalam longkah kecil di belakangku, namun berlagak tenang. Sepasang mata di sebalik cermin mata itu merenungku dengan sebuah pandangan yang tidak pernah aku hadapi selama ini. Terselit sebuah pengharapan, itulah yang dapat aku tafsirkan.

Hehh, biarlah… Berguraulah tu. Egoku mengingatkan diri. Aku tersenyum sinis dan menyambung langkah menuju ke bilikku.

Sebaik sahaja aku membelakangi Leftenan Nidzam, hatiku terasa gundah semula. Tidak tenteram. Terbayang lagi wajah Akh, seperti selalu sejak meninggalkan perkampungan Jibu. Akh… Aku benar-benar sayangkan lelaki itu. Sebagai abang, atau mungkin lebih dari itu? Ah Nadia, dia tidak ada lagi di dunia ini.

Bicara terakhir Leftenan Nidzam tidak aku pedulikan. Aku sedar aku sering menafikan perasaan sendiri. Begitu jugalah pada awalnya aku menerima Akh walau senyuman akrab sering dihadiahkan olehnya. Walau betapa tenangnya perasaanku ketika bersamanya, aku tetap memujuk diri untuk tidak terlalu mempercayai orang lain, kerana kisah silamku sentiasa menghantui. Hati ini tidak lagi sanggup menghadapi perpisahan.

Posted at 11/26/2005 11:43:57 pm by alyza

rini
November 23, 2007   11:45 AM PST
 
tiada siapa yang mahukan p'pisahan tjdi antr dua hati
leya
August 26, 2006   08:10 AM PDT
 
;)


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

About Me...



alyza
Female
Malaysia


Sealamat datang alyza ucapkam pada yg sudi datang kat blog alyza yang tak seberapa ini. Baiklah, sebenarnya blog ini memparkan cerpen yang kawan2 alyza kirimkan untuk alyza. Berkongsi cerita bersama pengunjung sama ada dikenali ataupun tidak sekurang2nyer mungkin ianya boleh dijadikan pengajaran dan tauladan buat kita semua. Buat semua...selamat membaca dan berkunjung ke laman ini. Insya-Allah...segala cerita yang diperoleh akan alyza masukkan di sini.


Boomp3.com




<< November 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30


[.::BACK TO::.]



.:: ARCHIVES ::.


Pasrah Segalanya

bhgn 1 :: bhgn 2 :: bhgn 3 ::
bhgn 4 :: bhgn 5 :: bhgn 6 ::


Setiaku Di Sini

bhgn 1 * bhgn 2 *
bhgn 3 * bhgn 4 *


Dialah Di Hati

bhgn 1 :: bhgn 2 :: bhgn 3 ::
bhgn 4 :: bhgn 5 :: bhgn 6 ::
bhgn 7 :: bhgn 8 :: bhgn 9 ::
bhgn 10 :: bhgn 11 :: bhgn 12 ::
bhgn 13 :: bhgn 14 :: bhgn 15 ::
bhgn 16 :: bhgn 17 :: bhgn 18
bhgn 19 :: bhgn 20 ::

   

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Layout by: